HUTAN LIPUR TUPAH

Lokasi:

Kompartmen 10 dan 11, Hutan Simpan Gunung Jerai.

14 km dari Pekan Bedong atau 54 km dari Alor Setar.

Boleh dihubungi melalui jalan raya

Jenis Hutan:

Hutan Dipterokarpa Pamah

Ketinggian : 100 – 200 m a.p.l 

Ciri-ciri istimewa:

Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi manda, berkelah, beristirehat dan aktiviti berkeluarga.

Pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui.

Batu kelikir berbentuk bulat boleh dijumpai di dasar sungai dengan banyaknya.

Dalam perjalanan menuju ke hutan lipur ini, pengunjung akan menikmati keindahan dusun buah-buahan dan kebun sayur-sayuran.

Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Kawasan hutan lipur ini berhampiran dengan kawasan Simpanan Hutan Dara

Tumbuhan utama terdiri daripada pokok dipterokarpa seperti meranti tembaga, meranti sarang punai dan keruing .Terdapat juga lain-lain tumbuhan seperti simpoh dan sepetir.

Batu dinding di kawasan ini juga sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. Bagi mereka yang berani dan tabah bolehlah mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai.

Balik ke Hutan Lipur