SISTEM PENGURUSAN HUTAN

Pembukaan kawasan hutan

Sistem Pengurusan Hutan yang menitik beratkan aspek-aspek ekologi dan alam sekitar telah bermula pada awal abad keduapuluh yang bertujuan untuk menjamin hasil dan tumbesaran hutan yang berkekalan. Sistem pengurusan hutan sentiasa dipinda dan diperbaiki dari semasa ke semasa bertujuan untuk membentuk satu sistem yang sistematik dan berkesan. Pada masa ini Negeri Kedah mengamalkan Sistem Pengurusan Hutan secara memilih (Selective Management System) atau ringkasnya SMS.

Sistem Pengurusan Memilih (SMS)

Menyukat ukurlilit pokok

Sistem Pengurusan Memilih (SMS) ini digubal dalam tahun 1980an yang bertujuan untuk menyesuaikan dengan keadaan hutan yang mana sebahagian besarnya terletak dikawasan berbukit yang curam dan terpencil, kesan daripada pembukaan kawasan-kawasan hutan untuk projek-projek pembangunan tanah dan pertanian.

Di bawah sistem ini telah ditetapkan had batas tebangan minimum iaitu tidak kurang daripada 45cm diameter paras dada (dpd) bagi kaum bukan damar dan tidak kurang daripada 50cm dpd bagi kaum damar. Penentuan had batas tebangan ini adalah berasaskan kepada analisis keputusan bancian hutan sebelum tebangan (pre -F) yang dijalankan sebelum sesuatu kawasan hutan diusahasil.

Balik ke Pembangunan Hutan