AIR TERJUN TEMURUN
![]() |
Sejuknya ........ |
Lokasi: Kompartmen 25, Hutan Simpan Gunung Machinchang, Langkawi.
42 km dari Pekan Kuah Langkawi.Boleh dihubungi dengan jalan raya menuju ke Teluk Datai
Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 100 m a.p.l
![]() |
Merasai suasana aman ....... |
Ciri-ciri istimewa:
Sungai Temurun mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 m sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.
Boleh ditemui pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah
Terdapat batu dinding yang tinggi sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar
Tumbuhan utama di kawasan ini ialah rengas, merpauh periang, melunak, meranti temak, meranti jerit serta berbagai jenis spesies rotan dan palma.