BUKIT WANG
Pintu masuk ke Bukit Wang |
Lokasi: Kompartmen 24, Hutan Simpan Bukit Perangin.
12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar.
Boleh dihubungi dengan jalan raya
Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 100 m a.p.l
|
Ciri-ciri istimewa: Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.
Pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui.
Terdapat denai hutan sepanjang 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 15 km yang lain menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak Janing.
"Permatang Seraya" yang merupakan deretan pokok-pokok meranti seraya (Shorea curtisii) yang berukuran melebihi 120 cm diameter tumbuh secara semulajadi
Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Lain-lain keistimewaan ialah tapak refleksologi dan deretan dirian palma yang menarik