LAMAN WEB PERHUTANAN KEDAH MERAIH KEJUARAAN
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah
memenangi Laman Web terbaik keseluruhan, selain meraih juara Laman Web terbaik bagi
kategori Jabatan Kerajaan di negeri Kedah.
Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) memenangi bagi kategori Laman Web Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah Langkawi bagi kategori Laman Web daerah
terbaik, Majlis Daerah Baling bagi kategori Laman Web kerajaan tempatan, Pejabat Tanah
Kota Setar bagi kategori Laman Web pejabat tanah dan Pejabat Mufti Negeri Kedah bagi
kategori Laman Web pejabat agama dan masjid.
YAB. Dato' Seri Menteri Besar Negeri Kedah ,Syed Razak telah menyampaikan hadiah
kepada pemenang pertandingan Laman Web terbaik sektor awam dalam pelbagai kategori, di
Wisma Darul Aman, Alor Setar, pada 5 September 2000.
![]() |