HUTAN LIPUR LATA BAYU
![]() |
Air terjun yang ketiga |
Lokasi: Kompartmen 18, Hutan Simpan Rimba Teloi.
30 km dari Pekan Baling.
Boleh dihubungi melalui jalan raya.
Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 100 - 150 m a.p.l
![]() |
Air terjun kedua |
Ciri-ciri Istimewa:
Hutan Lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa.
Terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan telah membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.
Keadaan rupabumi adalah berbukit bukau dan terdapat denai hutan sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 m a.p.l
Setiap peringkat air terjun ini mempunyai kolam semulajadi sesuai untuk mandi manda.
Hutan lipur ini sesuai untuk riadah seperti aktiviti perkelahan keluarga, beristirehat, mandi manda, jogging, aktiviti berkumpulan dan aktiviti lasak dan mencabar
Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui.
Tumbuhan utama di kawasan ini ialah meranti seraya, meranti tembaga, meranti melantai, kulim, terap, keledang dan bintangor.
![]() |
Pondok Rehat |
![]() |
||
![]() |
![]() |
|
Air terjun paling atas |
Trek pejalan kaki |