Prosedur Pengeluaran Lesen Pemindah (Borang 5)
Lesen Pemindah (Borang 5) adalah untuk tujuan pengambilan kayu balak daripada tanah berimilik. Prosedur mengeluarkan lesen adalah seperti berikut:
a) | Permohonan Lesen
dibuat melalui Pejabat Hutan Daerah dengan menggunakan borang permohonan (PTM 1). Borang
ini boleh diperoleh dari Pejabat Hutan Daerah dan Pejabat Renjer Hutan.
|
|
b) | Permohonan hanya
akan dipertimbangkan ke atas kawasan tanah yang mempunyai hak milik yang sah sahaja. Tanah
yang dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) tidak akan dipertimbangkan.
|
|
c) | Setiap borang permohonan perlu disertakan dengan:- | |
i) | Satu salinan surat Hak Milik yang disahkan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan; dan | |
ii) | Satu pelan kunci menunjukkan lokasi tanah. |
![]() |
d) | Jika permohonan itu bukan pemilik tanah,
tuan empunya tanah perlu memberi keizinan dan menandatangani Surat Keizinan mengikut
Borang PTM 2 yang disediakan.
|
e) |
Butir-butir terkandung di dalam Borang PTM
2 perlu disahkan oleh pihak Pentadbir Tanah yang berkenaan.
|
f) |
Sempadan kawasan tanah berimilik perlu
ditanda dan dibersihkan terlebih dahulu untuk tujuan pemeriksaan.
|
g) | Pemohon perlu berhubung dengan Renjer Hutan
bagi menetapkan tarikh pemeriksaan kawasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat arahan
dikeluarkan.
|
h) | Jika sesuatu tanah berimilik itu tidak
mempunyai batu-batu sempadan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai
Petempatan terlebih dahulu.
|
i) | Permohonan dan laporan diangkat ke Pejabat
Perhutanan Negeri untuk keputusan.
|
j) | Keputusan dimaklumkan kepada pemohon oleh
Pengarah Perhutanan Negeri.
|
||||||||
k) | Permohonan yang tidak lengkap dan tidak
memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
|
||||||||
l) | Permohonan yang berjaya perlu membuat
bayaran fee seperti berikut:-
|
m) | Lesen akan dikeluarkan setelah
perkara-perkara berikut disempurnakan:-
|
Bil |
Perkara |
Kayu Balak |
Kayu Bakau |
1 | Penandaan sempadan / Blok kawasan lesen | x | x |
2 | Penandaan Pokok | x |
- |
3 | Pembinaan matau | x |
x |
4 | Penentuan Balai Pemeriksaan Hutan | x |
x |
5 | Pendaftaran Tanda Harta dan Tanda Pengelasan | x |
x |