Apakah yang dimaksudkan
dengan hutan paya laut?
Daripada: Maria Aziz [som109@hotmail.com]
Hutan paya laut adalah merupakan salah satu daripada tiga jenis hutan utama di Semenanjung Malaysia. Jenis hutan ini biasanya terdapat di kawasan-kawasan pantai, kuala-kuala sungai dan pulau-pulau. Ianya mempunyai ciri-ciri ekologi yang unik di mana jenis-jenis tumbuhan dapat hidup dalam keadaan air masin dari masa ke semasa. Hutan paya laut adalah produktif serta dapat menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat tempatan. Selain daripada menghasilkan kayu-kayan, hutan ini berkemampuan menampung kehidupan pelbagai hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan serta pelbagai jenis hidupan laut dan ikan di muara sungai dan persisiran pantai yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
Jenis-jenis pokok yang terdapat di hutan ini agak terhad kepada beberapa jenis pokok bakau (Rhizophora) dan lenggadai (Bruguiera) .