11.7.1999 - Lawatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negeri
11 Julai 1999 - Dalam pemerhatian Jabatan Audit, pengeluaran kawasan pembalakan melalui tender merupakan cara terbaik untuk memaksimumkan pendapatan hasil kepada Kerajaan Negeri.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa kira-kira Wang Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YB. Dato' Syeikh Alias telah meninjau dengan lebih dekat lagi aktiviti-aktiviti perhutanan khususnya aktiviti pengeluaran hasil di Hutan Simpan Chebar Besar bersama-sama ahli-ahli Jawatankuasa seramai 10 orang, untuk lebih memahami kerja-kerja dilapangan dan masalah-masalah yang dihadapi semasa perlaksanaan.
![]() |
Cara-cara balak ditebang |
Semasa lawatan ke kawasan yang sedang dijalankan pembalakan ini, Jabatan Perhutanan telah menyampaikan taklimat dan demonstrasi seperti bancian hutan, rawatan hutan, penandaan pokok dan penebangan pokok kepada semua ahli rombongan tersebut. Jawatankuasa Kira-kira Wang juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan mesyuarat di dalam hutan tersebut.
![]() |
Bergambar sebagai kenangan |
![]() |
Pengerusi PAC berbual dengan pembalak |