04.06.2003 - | Konvensyen KMK |
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah turut menyertai Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Peringkat Negeri Kedah bagi Sektor Awm.
Konvensyen yang berlangsung dari 2 hingga 3 Jun 2003 telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Setar, Alor Setar dan dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah diwakili oleh dua kumpulan, iaitu:
a) Kumpulan De' La Yar
(i) Ketua Kumpulan: Encik Shahbudin bin Mohd. Akib
(ii) Fasilitator Kumpulan: Encik Abd. Yazib bin Hamat
(iii) Tajuk Projek: Meningkatkan Ketepatan Dan Mempercepatkan
Pengukuran Jalan Hutan
b) Kumpulan Mantap
(i) Ketua Kumpulan: Encik Jamil bin Ismail
(ii) Fasilitator Kumpulan: Encik Abdul Yazib bin Hamat
(iii) Tajuk Projek: Meningkatkan Ketepatan Dan Mempercepatkan
Penyediaan Sempadan Hutan
|
(laporan oleh: Mazlan Marzuki)