31.07.2003 | Ujian Pra-kelayakan pengisian jawatan PRAK |
Pada 23 Julai 2003 lalu, satu ujian pra-kelayakan untuk pengisian jawatan PRAK telah diadakan. Ujian ini adalah sebahagian daripada saringan untuk pengambilan staf baru bagi jawatan Pekerja Rendah Am Khas. Seramai 542 orang peserta daripada 742 orang yang dijemput telah hadir untuk ujian ini, yang dinamakan "Larian Gunung Jerai"
Para peserta dikehendaki berlari kepuncak Gunung Jerai (11 kilometer), dan diikuti dengan ujian bertulis apabila selsesai larian tersebut. Peserta yang berjaya dalam ujian ini kemudian akan dihubungi untuk temuduga dalam bulan Ogos 2003 nanti.
Ujian pra-kelayakan ini telah diawasi oleh Pengarah Perhutanan Negeri dan kira-kira 100 orang staf Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman.
![]() |
Para Peserta bersedia untuk berlepas |
![]() |
Pengarah Perhutanan Negeri sedang diberi penerangan oleh Urusetia |
![]() |
Peserta telah sampai di puncak Gunung Jerai |
|
Anggota
Jabatan Perhutanan Negeri Negeri Kedah Darul Aman yang |
![]() |
Sebahagian daripada Urusetia |
(laporan oleh: Mazlan)