10.11.2003 | Kursus Perhutanan Kem Kadet Renjer Hutan |
Satu kursus untuk Kadet Perhutanan di bawa kelolaan Jabatan Perhutanan Kedah Darul Aman yang dinamakan Kursus Kem Kem Kadet Renjer Hutan telah diadakan pada 8 September 2003 hingga 11 September 2003. Kursus ini telah diadakan di Hutan Lipur Bukit Hijau dan disertai oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tengku sulong dan Sekolah Menengah Padang Serai.
Seramai 59 orang pelajar dan 17 orang tenaga pengajar terlibat dengan kursus ini.
Di antara tujuan kursus ini adalah:
i) Memupuk semangat bantu membantu sesama ahli dalam pasukan.
ii) Meningkat kesedaran sosial terhadap alam sekitar
iii) Menyebarkan maklumat Perhutanan kepada para Pelajar
![]() |
Peserta dan Urusetia Kursus |
![]() |
Peserta dilatih teknik memanjat pokok |
![]() |
Urusetia mempersembahkan lakunan |
|
Aktiviti mencari punca air |
![]() |
Teknik memanjat pokok |
![]() |
Peserta mendekelemasi sajak |
![]() |
Persembahan peserta secara kumpulan |
(laporan oleh: Mazlan)