13.12.1998 - Kursus Pengenalan Pokok Ibu dan Penyediaan Laporan
![]() |
Para peserta kursus |
Pada 13 hingga 15 Disember 1998 Unit Latihan dan Penyertaan Bumiputra telah menganjurkan Kursus Lanjutan Pokok-Pokok Ibu Dan Penyediaan Laporan Hutan di Kompleks Perhutanan Negeri Kedah, Jeniang.
Seramai 30 orang anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengikuti kursus tersebut bagi mendalami pengetahuan cara-cara menyediakan "Laporan Hutan", Undang-Undang Hutan, Akta Perhutanan Negara, Akta Industri Berasaskan Kayu. Peserta terdiri dari Renjer - Renjer Hutan dan Pengawas-Pengawas Hutan.
Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah En. Sulaiman bin Salleh dan Pengawai Penguatkuasa En. Samsudin bin Sueet, telah bertindak sebagai penceramah. (Laporan oleh: Dasar Bakar)
![]() |
Penceramah |