HUTAN LIPUR SERI PERIGI
![]() |
Kawasan yang menarik |
Lokasi: Kompartmen 21, Hutan Simpan Gunung Jerai
5 km dari Pekan Yan atau 35 km dari Alor Setar.
Boleh dihubungi melalui jalan raya.
Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 100 m a.p.l
![]() |
Air yang sejuk dan jernih |
Ciri-ciri istimewa:
Hutan Lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 m.
Air terjunnya boleh kelihatan dari jalanraya Guar Chempedak ke Yan Kecil.
Perjalanan ke hutan lipur ini amat mempersonakan dengan permandangan sawah padi, perkampungan tradisional Melayu dan dusun buah-buahan.
Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui
Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota), meranti tembaga (Shorea leprosula)dan palma.