HUTAN LIPUR SUNGAI KUNYIT
![]() |
Kawasan persekitaran yang menarik |
Lokasi: Kompartmen 2 Hutan Simpan Gunung Jerai
2 km dari Pekan Gurun atau 35 km dari Alor Setar.
Boleh dihubungi melalui jalan raya dan perlu berjalan kaki atau memandu kenderaan pacuan empat roda sejauh 1 km.
Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 100-200 m dari aras laut
![]() |
Air yang sejuk dan jernih |
Ciri-ciri istimewa:
Hutan lipur ini mendapat nama dari air sungai yang berwarna kekuningan seperti kunyit.
Kawasan rekreasi sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.
Tarikan utama hutan lipur ini ialah kerana keunikan air terjunnya menghasilkan tiga pecahan terjunan air yang menarik
Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui
Merupakan salah satu dari air terjun yang tercantik di Negeri Kedah dimana boleh kelihatan dari Lebuhraya Utara Selatan.
Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.
Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota), meranti tembaga (Shorea leprosula)dan palma.