HUTAN LIPUR SUNGAI RAMBAI
![]() |
Lokasi: Terletak di Kompartmen 37 dan 38 Hutan Simpan Bukit Perak
10 km dari Pekan Pendang atau 30 km dari Alor Setar.
Boleh dihubungi melalui jalan raya
Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 100-200 m dari aras laut
![]() |
Ciri-ciri istimewa:
Terdapat 3 peringkat air terjun dengan batu batan dan airnya yang sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.
Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung akan melalui sawah padi dan perkampungan tradisonal masyarakat Siam.
Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui
Terdapat denai hutan sepanjang 3 km yang mengelilingi hutan lipur ini.
Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah seperti perkelahan berkeluarga, mandi manda, beristirehat dan summer camp.
Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.
Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota), meranti tembaga, meranti seraya dan palma.