TASIK DAYANG BUNTING
Kompartmen 7 Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting. 20 km dari Pekan Kuah, Langkawi. Boleh dihubungi dengan jalan laut.
Hutan Bukit Pantai Ketinggian : 20 m a.p.l
Kawasan rekreasi ini mendapat nama dari Tasik dayang Bunting yang terdapat di pulau ini. Tasik lagenda ini mempunyai mitos yang tersendiri. Tasik air tawar semulajadi seluas 10 hektar sesuai untuk mandi-manda dan riadah. Ianya bersebelahan dengan laut yang dipisahkan oleh batu berdinding selebar 10 m.
Kawasan berbatu-batu sesuai untuk aktiviti lasak dan kembara Tumbuhan utama di kawasan ini ialah malut, buey, resak, kelat (Syzygium spp) , merpauh periang (Swintonia schwenkii)serta berbagai spesies palma. |