TAMAN REKREASI TASIK PEDU
![]() |
Lokasi: Kompartmen 1, Hutan Simpan Pedu
30 km dari Pekan Kuala Nerang
Boleh dihubungi melalui jalanraya
Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 200 m a.p.l
![]() |
Ciri-ciri istimewa:
Taman rekreasi ini terletak berhampiran dengan pintu limpahan air Empangan Pedu serta melalui jalan yang sama menuju ke Pusat Peranginan Tasik Pedu
Mempunyai kemudahan asas yang baik seperti tempat letak kereta, jambatan gantung, pondok rehat dan kerusi rehat. Kawasan ini juga menyediakan sebuah jeti untuk kegunaan pelancong dan nelayan
Sesuai untuk aktiviti riadah seperti beristirehat, berkelah, mandi-manda, berehat dan memancing
Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui.