TITI HAYUN
![]() |
Lokasi: Kompartmen 20, Hutan Simpan Gunung Jerai.
3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar.
Boleh dihubungi melalui jalan raya
Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 200 300 m a.p.l
![]() |
Ciri-ciri istimewa:
Mendapat nama sempena keujudan titi gantung berdekatan kawasan tersebut. Ianya sangat strategik dan terletak di permulaan anak Tangga Kenari Seribu Tahun.
Mempunyai denai hutan melalui hutan asli menuju ke Air Terjun Puteri Mandi sejauh 1 km.
Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung perlu menyusuri dusun buah-buahan, perkampungan tradisional Melayu dan ladang getah.
Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui.
Meranti melantai, meranti langgong dan meranti tembaga merupakan tumbuhan utama.