Make your own free website on Tripod.com

Prosedur Pengeluaran Lesen Kecil (Borang 3)

Lesen Kecil Bagi Mengambil Hasil Hutan (Borang 3) adalah untuk tujuan pengambilan hasil hutan utama yang tidak melebihi 70 meterpadu atau mana-mana hasil hutan kecil di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tanah Kerajaan.

Prosedur mengeluarkan lesen adalah seperti berikut:

a) Kelayakan untuk memohon atau menyertai tender hanya terbuka kepada Pemegang Sijil Pendaftaran Pengusaha dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah seperti berikut:

 

i) Pembalak Kelas A Pembalak yang mempunyai kilang pemprosesan utama atau mempunyai jentera berat.
ii) Pembalak Kelas B Pembalak yang tiada mempunyai kilang pemprosesan utama atau mempunyai jentera berat.
iii) Kelas C Pengusaha untuk mengeluarkan hasil bukan kayu hutan.
iv) Kelas D Pengusaha untuk mengeluarkan kayu bakau.

Fee pendaftaran yang dikenakan adalah:

i) Kelas A - RM200.00
ii) Kelas B - RM150.00
iii) Kelas C - RM25.00
iv) Kleas D - RM50.00
space2.gif (116 bytes)
b) Permohonan untuk mengeluarkan Hasil Hutan dari kawasan HSK dan Tanah Kerajaan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Kawasan Untuk Diusahasil Dalam Hutan Simpanan Kekal/Tanah Kerajaan ( Borang PHSKTK) atau melalui Borang Tender. Borang PHSKTK ini boleh diperolehi dari Jabatan Perhutanan Negeri dan Pejabat Hutan Daerah secara percuma manakala Borang Tender boleh diperolehi hanya dari Jabatan Perhutanan Negeri dengan bayaran RM10.00. Borang PHSKTK yang telah diisi perlu dikemukakan ke Jabatan Perhutanan Negeri beserta dengan:
i) Pelan kawasan yang boleh diperolehi dari Pejabat Hutan Daerah dengan bayaran RM5.00 sekeping.
ii) Fee memproses permohonan sebanyak RM100.00 untuk kawasan Hutan Dara atau RM50.00 untuk kawasan Hutan Sudah Kerja (KSK).
c ) Jabatan Perhutanan Negeri akan memproses permohonan tersebut dan suatu kertas kerja akan diangkat ke Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi Negeri Kedah (JTHBNK) untuk keputusan.  
d) Keputusan daripada JTHBNK akan dimaklumkan kepada pemohon oleh Pengarah Perhutanan Negeri.
e) Pemohon yang berjaya perlu membuat bayaran fee seperti berikut:

                     i) Bayaran Premium

Mengikut harga tender; atau
RM500.00 sehektar untuk Hutan Dara; atau
RM250.00 sehektar untuk Hutan KSK; atau
Kadar bayaran yang ditetapkan oleh JTHBNK.

ii) Bayaran Penyediaan Lesen - RM50.00 setahun kalender atau sebahagian daripadanya
iii) Bayaran Penyediaan Pelan - RM20.00
iv) Deposit Lesen - mengikut keluasan dan jenis hasil hutan.

g) Lesen akan dikeluarkan setelah perkara-perkara berikut disempurnakan:

Bil

Perkara

Kayu Balak

Kayu Bakau Rotan

Hutan Simpan
Kekal

Tanah
Kerajaan

1 Penandaan sempadan / Blok kawasan lesen x x x x
2 Penandaan Pokok

x

- - -
3 Penentuan Balai Pemereksa Hutan

x

x

x

x

4 Pendaftaran Tanda Harta dan Tanda Pengelasan

x

x

x

-

5 Pendaftaran Pekerja dan Jentera

x

x

x

x

 

Balik Prosedur Pengeluaran Lesen