23.07.2003 | Program Gotong Royong di Hutan Lipur Sungai Rambai |
Pada 17 Julai 2003 yang lalu satu Program Gotong Royong di
Hutan Lipur
Sungai Rambai (H.S Bukit Perak), dalam Daerah Pendang telah diadakan. Program
yang bertujuan untuk membersihkan kawasan Rimba Rekreasi ini telah di sertai
oleh Jabatan Perhutanan Negeri, Rela, Putri UMNO, Res Q'991 ( Pertahanan Awam),
Majlis Daerah Pendang, Penduduk-penduduk Kampong berdekatan, Polis dan juga
Jabatan Kesihatan.
Pengarah PPN dalam ucapan aluan di majlis pelancaran progam ini, meminta
masyarakat setempat berkerjasama menjaga kebersihan kawasan rekreasi Sungai
Rambai. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman akan berusaha untuk
mendapatkan peruntukan bagi mengadakan tapak perkhemahan, mengindahkan lagi
tempat perkelahan dan membaiki kemudahan asas seperti tandas.
Adun Sungai Tiang, YB. Mohd Rozai b. Haji Sufian, dalam ucapannya menegaskan
untuk menjadikan kawasan ini, Ladang jati dan Perkampongan Siam (Kg. Budaya)
sebagai satu produk pelancungan. Beliau juga menggalakan orang ramai menanam
pokok.
Sempena majlis ini sebanyak 3 batang pokok rambai ( sempena nama kawasan ini)
telah ditanam oleh YB, Penolong Pegawai Daerah Pendang dan Pengarah Perhutanan
Negeri Kedah Darul Aman.
![]() |
YB En. Mohd. Rozai, Adun Sungai Tiang sedang berucap |
![]() |
YB. Encik
Mohd. Rozai Adun Sg. tiang sedang |
![]() |
Tuan
Penolong Pegawai Daerah Pendang turut serta |
|
Tuan
Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman |
![]() |
Antara anggota Jabatan Perhutanan yang turut serta |
![]() |
Antara peserta gotong royong yang mengambil bahagian |
(laporan oleh: Nizam)